The Beginning of The End

Aloha…

Jam menunjukkan pukul 4.40AM. Aku dah mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk & tulang belakang yg sedikit bengkok. Tinggal lebih kurang 26 jam 20 minit, aku akan bergerak menuju ke lapangan kapal terbang KLIA. Bagasi yg aku perlu bawak sudah aku kemas sejak petang tadi, aku belek sekali lagi. Tgh hari esok, aku akan pastikan, semua yg perlu aku bawa, lengkap seadanya.

Sejak awal minggu ni, baru aku terasa semacam xsabar + berdebar-debar. Selama ni, aku lebih byk fikirkan tentang apa yg akan aku hadapi selepas pulang ke M’sia. Sungguhpun kurang menyenangkan & ‘membunuh mood’, aku rasa, itu jln yg terbaik sebelum aku ulangi kesilapan + kecuaian kecil @ bodoh sekali lagi. Alhamdullillah, setakat ini, kemungkinan @ kebarangkalian situasi yg akan aku harungi, hampir kesemuanya, telah aku lalui & tidaklah seburuk mana yg aku jangka sewaktu pertama kali aku hadapi sebelum ini. Walaubagaimanapun, tidak secebis pun aku bangga & selesa. Aku faham & akur hukum manusia & hukum alam, bkn (belum) hak aku (lagi) utk aku tetapkan.

Aku harap, pilihan aku utk pergi ni, bknlah satu jln penyelesaian yg salah. Sekadar melembutkan jln yg akan aku pijak sudah cukup berbaloi; cukup melapangkan. Sudah cukup lama kepala & dada aku terasa sendat & ketat dgn pelbagai tanggapan & harapan org lain terhadap aku dipekung bertahun-tahun lama. Baru subuh ni, aku rasa sedikit bersedia utk luaskan pandangan; buka minda. Sejak 2 hari lepas, aku byk habiskan masa dgn rakan-rakan sekampung; menjalankan aktiviti-aktiviti kurang sihat: me”raging” remaja-remaja yg memakai & memegang teguh idealogi “otai”, main kad daun terup yg dipenuhi dgn gelak-ketawa….PENUH gelak-ketawa, makan segala macam nasi yg aku boleh igt tanpa aku sedar, ber”racing“, mengajar pelapis-pelapis pemain “DoTa” utk pertandingan “DoTa” di PD, & paling aku tidak berbangga – melepak.

Pada aku, mungkin itu semua akan aku bawa bagi hilang sedikit rasa rindu di M’sia kelak walaupun hanya pergi selama lebih kurang 1 bln. Tanpa aku sedar, dlm seminggu ni, byk benda yg aku kecapi; byk juga bekas rakan-rakan sekelas aku temui. Aku puas. Aku harap, pemergian ini akan jadi suatu memori & pengalaman yg paling berharga buat aku kelak – itu objektif aku.

Sekian….

~ by neosomosis on December 5, 2008.

One Response to “The Beginning of The End”

  1. jgn lupa weh.. bende2 yg aku pesan. hee

Leave a Reply